KUALA LUMPUR: Dalam dunia yang penuh dengan kepuraan, tangan yang dihulur disambut dengan kecurigaan. Malah setiap langkah kita sering disalah erti. 

Namun demikian, masih lagi ada mereka yang menjadi 'cahaya' dalam kegelapan; mereka sentiasa berusaha menjadikan dunia lebih baik.


 
Sempena Deepavali ini, Astro mengajak rakyat Malaysia supaya sama-sama menjadi penyinar dalam kehidupan setiap insan sekeliling.

Perayaan Deepavali yang dikenali sebagai pesta cahaya akan disambut oleh penganut Hindu pada 4 November ini.